Saturday, February 8, 2014

TAHUN BARU 2014

aku berazam la tahun ni aku nak post every months about anything yg happen sepanjang satu bulan dalam tahun ni, tak kisah la sedih ke happy ke. sebagai kenang kenangan lah kan,eh

okay, di sebabkan aku dah lambat satu bulan, so ak ceritakan event yg berlaku untuk bulan januari, tempat mana aku pergi, ak hadiri program apa, everything lah..

so on january, ak pergi kl towerr,,hahah tu je la tempat yg aku rasa menarik, pergi oversea punya tempat blum lagi, so klau rasa x nak baca pun x pe,,sebab x menarik sgt la citer aku ke kl tower ni,,hehehe.


aku buat apa ya kat sini, oh ya ak dtg sbb ada event dr tempat kerja bapak ku, so mcm ada mkn2 sikit la,,then, before tu kitorg jalan2 tgk kawasan sekeliling, hmm mmg ramai tourist yg dtg.
selain kita bole tgk view around kl dkt deck yg terletak setinggi 423 meter tu, kat sini pun ada buat mini zoo n aquaria. mahal giler kot tiket masuk,,padahal x de la banyak mana species yg diorg tunjuk.sgt x berbaloi la jugak, tp sbb aku datang ni ada org bayarkan,, so rasa berbaloi la jugakk,,wuahahaha,,
yg atas tu antar species2 ikan yg pelik2 la,, yg biasanya hidup jauh di dasar laut.tapi seriously sangat cantik n unik setiap satu species.subhanallah indah sungguh ciptaan Allah.
yg kat bawah ni pulak gambar ular sawa dari mini zoo.dkt zoo ni hanya show binatang2 yg wild n extreme mcm ular, kala jengking, n ada jugakla ayam, burung.yela klau org putih dtg, teruja la klau tgk ayam2 ni,kite ni org malaysia x teruja mana la,,sbb blakang rumah pun dah ada ayam, x yah nk teruja sangat lah ya,,wuahahaha


itula je la yg menarik kat arround kl tower ni oh ya lagi satu ada tempat f1 simulation zone, rasanya tempat ni utk bg kite rasa naik kete f1 n ala2 race kat sepang circuit la kot, ak x masuk la sbb kena bayar lagiiii!


pastu kitorg pun naikla lif pergi overview deck kot, tu la kot namanya...last aku pergi masa lawatan sekolah rendah, so yg ni kali kedua,, nmpak x dah berapa lamanyaa..n suasananya x berubah, teropong pun sama je,x tukar2..pastu aku tgk la bangunan2 di kuala lumpur ni usha la tmpat2 yg menarik utk dilihat, sampai bole menembusi tingkap rumah org, btp powernya teropong tu smpai bole zoom in camtu sekali kan..haha


masa ni x jerebu, so permandangannya sgt clear, klau nmpak swimming pool, bole nmpak org tgh mandi sekali,,hoho...tu yg power duk tmpat tinggi2 ni..

okay tu je la pengalaman aku pergi ke kl tower.. :)

Thursday, August 29, 2013

TLC-PASSAGE TO MALAYSIA

Disebabkan aku cuti agak berminggu minggu di rumah, ak byk juga spend time bersama family menonton tv.tambahn pula dgn perkhidmatan astro,makin meningkat la siaran tv dengan cerita2 yg agak menarik.disebabkan usia ku kini yg semakin meningkat, aku sudah pandai untuk memilih cerita yang lebih relevan dan berpengetahuan.kalau ak klik siran astro ria atau prima memang tak berkembangla otak ak.sebab ceritanya ntahpapentah.tambah2 lagi astro warna yg di ulang2 rshownya,mmg kami bayar untuk tgk cerita yg diulang ulang.

disebabkan cerita melayu tidak memberi kekutan magnet yg jitu untuk ak stick kepada siaran tersebut aku pun beralih angin ke siaran channel 70.... start dari 7 ni mmg ak suka channelnya sebab ceritanya tersangatlah knowledgeable.one of my favourite tv programme ialah tlc-my passage to malaysia yg dihostkan oleh Dennise Keller,seorang model dari sengapore yg berkacukan chinese dan germanny.woww
!


aku sangat tertarik dengan penampilannya yg sangat aktif,berkeyakinan,peramah dan sangat sesuaila utk dia mengacara tv programme yg adventourous ni.one of the episode yg when i watched i feel like i want tocry because of the beauty of that place she brought  really give a very deep meaning and significant of the place.episode tu ialah masa dia gi terengganu.dlm episode tu mereka tunjuk keunikan dan kehidupan sebenar penduduk terengganu yg kebanyakan berasaskan penangkapan ikan.dia jumpa seorang pelukis cat air,seorang berbagsa cina yg sanggup utk tinggal di persisran pantai di terengganu untuk menikmati keindahan dan kehidupan rakyat disana dan beliau mencurahkan keminatan itu ke dalam sebuah lukisan.lukisan2 yg ditunjukkan betul2 membawa erti dan membayangkan sesebuah kehidupan yg begitu unik dikalangan nelayan di persisir pantai terengganu.all in all saya sangat suka episode di  trengganu,haha


satu lagi episode yg bg ak menguji tahap ketabahan dan kekuatan si model ini adalah waktu dia pergi ke sabah untuk mendaki gunung kinabalu.dalam episode tu dengan keadaan yg hujan dia kena climb gunung tu.kalau tengok rasa cam wow.sky track extreme kat shah alam pun ak x lepas manakan yg dia buat kat sabah tu yang tu lagi dahsyatla..hahahapastu masa dia kena makan fatty maggot tu oh man yg tu seriously x tahan..dia ckp rasanya camm milky,soft//uwekkk..salute la dia sahut cabaran utk mkn tu,,haha


okay, sampai sini saja..salam~

Monday, August 5, 2013

CORETAN MASA SILAM

baru ku tahu kehidupan seorang pelajar yang sebenar selepas menjadi salah sorang pelajar yang mengambil jurusan ijazah.
Walau apa pun semunya akan ditanya bila mati nanti.aku harap permulaan ini memberi manfaat untuk ak dan orang lain.
ia bermula dengan sekolah pertama yg dihantar oleh kedua ibu bapaku, tadika la sebenarnya, diberi nama tadika nur manja.2 tahun ak berada di sana. masih banyak kenangan yg melekat dlm benak fikiran ak. antaranya, kenangan pahit ak terkencing dalam seluar sewaktu rehat di tadika ku, dengan itu ckg shima telah mengurung ak di dlm toilet sampai waktu balik. sardisnya bile ku kenangkan semula,kejam nya dia kurung ka tdlm tu lama lama.
makanan favourite ak wkt tadika ialah cornflakes madu, mmg ak suka bile nampak sepinggan cornflakes madu dihidangkan. ak masih ingat ak mula-mula belajar menulis nombor 5.masih jelas dalam ingatan.ak.aktiviti seni yg masih ak ingat ialah mniup wter colour dlm straw,haha ingat lagi waktu ada seorg kwn lelaki namanya ismeth klau x salah kitorg buat sama2.hehe
sewaktu pulang nk tunggu van cik ton, kawan ak zul, adik dia bawak baby doll yg ajaib la waktu itu, yg bole bg minum n bole kencing, dia suruh ckg shima tekan perut baby doll tu,pastu air pun kluar dari situ.perkara tu buat aku teruja n sampai sekarang ak bole ingat lagi.haha
dan kenangan pergi zoo negara, dan juga kenangan hari graduasi di sek rendah ak di seksyen 7 sg buloh. ak ditugaskan oleh ckg shima untuk menyampaikan sajak bertajuk ibu. dan kami ada membuat persembahan nasyid, dan ak adalah antara orang yg kena pgang mic sebagai leader dlm nasyid. mcm kelakar je, sedap ke ak nyani dulu haha
dan aku jugak masuk tarian lagu cindai, sebagai pasangan yg paling hadapan. waktu tu ak menari bersama fikri,haha ak masih ingat lagi.ada gambar lagi sebagai kenang-kenangan.
dan lagi satu tragedi nk pergi tadika pd waktu pagi, van cik ton dah sampai, ak bergegas menyaukkan kasut kedalam kaki ak,tapi pada waktu itu, sangat pelik sbb kasut itu x memuatkan kaki ak yg x brp besar ni,ak cuba menyumbat2 kakiku kedalam lubang kasut,ak putus harapan lalu ak mengintai apa yg ada didalam kasut tersebut.sungguh mengejutkan ak bile melihat seekor katak yg sedang mengembung2 lehernya didalam itu,terus x pergi tadika la ak waktu itu,haha
itulah pengalaman yg paling manis sekali haha..
itu sahaj kenangan yg masih berlari lari dlm benak memori ak ini.akan ku coretkan lagi sekiranya imbas kembali menyinggah dalam peti memori ak.


akan ku coretkan kisah hidup ku yang masih terpahat dalam ingatan ku.akan ku pahatkan di dalam blog ini untuk diingatkan sebagai kenangan dan mungkin sebagai bahan bacaan bagi ak sendiri sekiranya umurku mencecah 80 nnt dengan keizinan Allah.


x